X DATANG JER SEKOLAH, MAK BAPAK DAPAT SMS!!

Haaa.. cuak you!! Perhatian adik2.. Kalau adik2 malas ke sekolah, jeng jeng jeng.. Mak bapak mesti KOMPEM dapat tau!! Haaaa.. Takut la tuh!!

Paper KOSMO hari ini melaporkan Mobile Biz Network Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi kehadiran m-Attendance yang dapat memudahkan ibu bapa memantau dan berkomunikasi bersama guru mereka.

Kekdahnya, makbapak akan dapat SMS pada pukul 735pagi JIKA sekiranya anak2 mereka xdtg sekolah a.k.a PONTENG!! X payah guna pengawas dh.. huhuu

Katanya:
"Penggunaan aplikasi ini sangat mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja. Sebaik memasuki kelas, guru hanya perlu membuka aplikasi tersebut di iPad dan menandakan kehadiran pelajarnya, secara automatik senarai pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan dihantar menerusi SMS dan e-mel kepada ibu bapa.
"Bagi memudahkan lagi ibu bapa, mereka juga boleh membalas SMS berkenaan untuk memaklumkan sebab ketidakhadiran anak mereka jika pelajar sakit atau ada sebab lain. Malah, ia boleh dibaca pengetua melalui e-mel untuk tindakan selanjutnya. Melalui teknologi push e-mail, mesej tersebut juga boleh dibaca di telefon pintar."

Sebagai permulaan, SMK Kijal, Kemaman, Terengganu adalah perintis untuk aplikasi ini!

Wow!! Abehlah.. xde istilah ponteng la pasnih.. Huuuu.. Opsss.. Mommy mmg marah klu anak2 ponteng ok!!! X g sekolah, cmner nak pandai? Haa? Haa?

Sumber: KOSMO

Labels: ,