HANNAH DAMIA MASUK WARD!! - PART 2

Sambungan dari SINI.

Terus Mommy mixkan asam jawa tuh & air lalu rendam guna towel [kotor la sket towel tuh] & jeram2 atas kepala dia. Mommy biarkan towel tuh bawah ketiak HD & Mommy cuma jeramkan kepalanya saje dgn air asam jawa td mgunakan tangan. [clear idea cmne Mommy buatkn?]

Suhu mcm x menurun. Mommy x putus asa. Mommy yakin, suhu dia akan turun kejap lagi. Ya.. akhirnya, suhunya turun sedikit. Namun, HD seolah2 mencari2 mangsa utk membelainya. Mommy terus angkat & memeluknya. Sambil berbisik2 supaya HD cepat sembuh. Nyata, HD nampak lemah dalam pelukan itu. Derita kepenatan Diarrhea yang banyak kali & muntah berkali2.. Sob..sob.. Mommy pinta Daddy buatkan susu HD sementara Mommy memeluk HD. Minum sekali lagi & akhirnya HD terlena. Mommy letakkan di atas katil kerana kami juga perlu rehat sebab esk nk kerja.
 
Pukul 3 pagi, HD terbatuk & ttiba muntah lagi.. Ya Allah!!! Apa yang berlaku? Kuatkan semangatku Ya Allah.. Daddy turut sama terlompat dek terkejut HD yang muntah secara tiba2. Mommy dah decide, Mommy nk kena bawa HD ke hospital. HD nampak lemah, Diarrhea tetap berlaku yang xperlu cakap berapa kali.. Mommy bgn pkul 5 lebih, HD bocor smpai ke tilam kecilnya. Nasib berlapik...

Mommy dh decide, hari ini Mommy perlu EL utk ke hospital. Malangnya, Daddy xdapat temankan sebab Daddy ada urusan kerja penting yg xdapat dielakkan. Mommy faham, jadi Mommy cuba meminta pengasuh utk temankan. Tapi, masih rmai bayi lain yang perlukan pengasuh itu. Mommy kuatkan semangat. Daddy khabarkan berita gembira yang Daddy akan turut hantar ke hospital. Namun, pukul 10 pagi Daddy terpaksa ke tempat kerjanya. Bersyukur, sekurang2nya kami selamat ke hospital, walaupun Daddy hanya mengikut dari belakang dgn menaiki motosikal. Ini bukan pertama kali Mommy drive HD ke Hospital alone. Masa Daddy di Langkawi, atas urusan companynya, Mommy pernah drive baby w'out car seat. Ada, tapi, Mommy xde kudrat utk mengangkat dari rumah ke bawah. Berat & siapa pula yang akan dukung HD nanti. Jadi, waktu itu, HD hanya dipasang dengan seatbelt seperti orang dewasa. Syukur kerana HD hanya duduk diam & seolah2 faham yang Mommy terlalu risaukannya.. Tetapi, kali ini, Daddy ada & letakkan car seat. Mudah & selamat sket rasanya bila Mommy memandu. HD terlentok & terlena di atas car seat itu ketika dlm perjalanan ke hosp.

Bersambung...

Labels: , , ,